Thursday 29 November 2012

Petua Melebatkan Rambut Dengan Pati Santan Kelapa

Tips Cara dan Petua melebatkan rambut dengan menggunakan pati santan kelapa .

Dengan mengamalkan petua ini bukan sahaja dapat melebatkan rambut bahkan dapat juga elakkan rambut gugur.

PETUA MELEBATKAN RAMBUT DAN RAMBUT GUGUR

Pati santan kelapa adalah bahan penting dalam petua amalan untuk melebatkan rambut secara tradisional.

Untuk mendapatkan pati santan, ambil kelapa parut dari sebiji kelapa tua. Masukkan sedikit air suam pada kelapa parut tadi dan ramas-ramaskan. Perah pati santan dari kelapa parut tersebut dan buang hampasnya.

Basahkan rambut anda dahulu dan lumurkan pati santan ke kesluruhan kepala sehingga ke akar rambut. Bungkus kepala dengan tuala bersih dan kering selama setengah jam. Kemudian bilas keseluruhan kepala anda dengan air suam.

Amalkan petua melebatkan rambut ini 2-3 kali seminggu. Insyaallah akan ada perubahannya. Petua Rambut Gugur

Baca Seterusnya:

- Petua Tips Rambut Gugur

Thursday 1 November 2012

Petua Tips Rambut Gugur dan Cara Melebatkan Rambut

Kongsikan Petua lebatkan rambut dan tips melebatkan rambut gugur .

Hari ini saya akan berkongsikan cara untuk lebatkan rambut secara tradisional iaitu melebatkan rambut menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan.

1. Nenas

Cara lebatkan rambut menggunakan nanas:

Kisar sebiji nanas hingga menjadi jus.Biarkan semalaman, barulah lumur di rambut selama 15-30 min Amalkan tiga kali seminggu.

2. Daun Rambutan Muda

Petua melebatkan rambut menggunakan daun rambutan muda:

Bersihkan beberapa helai daun rambutan muda, ramas ke dalam semangkuk air. Biarkan sehingga lendirnya keluar. Kemudian sapukan pada rambut dan biarkan lebih kurang 20 minit .Bersihkan rambut dengan air sejuk. Amalkan dua hari sekali .

3. Minyak Kelapa Hijau

Cara melebatkan rambut menggunakan minyak kelapa hijau:

Gunakan minyak kelapa hijau buatan tangan dan sapukan pada rambut. Biarkan semalaman dan basuh bersih-bersih. Ulangi selalu dan lihat hasilnya.

4. Daun Bunga Raya

Petua lebatkan rambut guna daun bunga raya:

Ramas daun bunga raya dalam air bersama beberapa helai daun pandan. Sapukan di kepala seperti menggunakan syampu. Bilas dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali .

Anda boleh gunakan petua di atas untuk lebatkan rambut dan atasi masalah rambut gugur. - Petua Rambut Gugur