Saturday, 27 August 2016

Pesawat Flight MASwings Tergelincir Dari Landasan Marudi Miri

flight airport kapal terbang Pesawat MASwings Tergelincir Dari Landasan Marudi


MIRI – Sebuah pesawat jenis Twin-Otter milik Maswings tergelincir dari landasan semasa mendarat di Lapangan Terbang Marudi petang ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marudi, Zulbada Alior berkata, pesawat membawa empat penumpang dan dua anak kapal dari Miri ke Marudi, sedang mendarat di landasan itu kira-kira pukul 3.55 petang apabila ia tergelincir.

"Cuaca pada ketika itu amat baik dan pesawat tergelincir 30 meter dari landasan ke kawasan padang rumput di tepi landasan berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, kesemua penumpang dan anak kapal selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, pesawat berkenaan juga tidak mengalami sebarang kerosakan.


Sementara itu, Maswings dalam kenyataan ringkasnya berkata, Lapangan Terbang Marudi ditutup sementara selepas pesawat MH3568 Twin Otter (DHC6) tergelincir kira-kira pukul 3.55 petang.

Pesawat itu berlepas dari Miri kira-kira pukul 3.40 petang.

"Ketika ini pesawat itu tidak dibenarkan terbang bagi membolehkan pemeriksaan dan penyelenggaraan dilakukan sebelum kembali digunakan," tambah kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, Maswings terpaksa melakukan perubahan kekerapan penerbangan bagi laluan Miri-Marudi berikutan penutupan landasan tersebut.

Pesawat Twin-Otter itu digunakan bagi Perkhidmatan Udara Kawasan Luar Bandar Maswings di Sarawak. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment